Friday 11 November 2011

Kasut bukan sekadar pelindung kaki

Kasut merupakan item yang wajib disarung di kaki sebaik sahaja kaki melangkah keluar dari rumah untuk apa sahaja tujuan. Terdapat pelbagai jenis kasut yang berada di pasaran daripada yang bertumit halus dan tinggi bak menara KLCC, tumit tebal, setebal kamus dewan bahasa dan pustaka dan juga kasut yang rata ala-ala kasut penari balet yang selesa di pakai ke mana-mana sahaja. Apa yang pasti, kasut selalunya dikumpul oleh wanita meskipun ada juga kaum adam yang berkongsi hobi yang sama tetapi jumlah wanita yang memiliki hobi ini lebih besar disebabkan oleh harga kasut wanita yang jauh lebih murah (ada juga yang mahal dan hanya mampu dipandang, itu kasut yang berjenama dan iklan keluar di majalah vogue dan seumpama dengannya), lebih banyak rekaan, lebih banyak warna dan dijual dengan bermacam-macam standard kualiti. Bagi wanita yang suka bertukar-tukar kasut setiap hari, jenama tidak menjadi kepentingan, apa yang penting, selesa dipakai, cantik dan menjadi tumpuan ramai tatkala menyarungkan kasut di kaki umpama berjalan di red carpetlah :)

Belibelishoe diwujudkan untuk wanita yang gila kasut dan suka membeli kasut, siapa kisah pada harga dan jenama asalkan hati berkenan dan mampu dimiliki. Semua kasut yang dijual di dalam blog belibelishoe merupakan kasut daripada shuzz collection. Jika shuzz collection menjual kasut secara pukal, di belibelishoe anda semua boleh membeli kasut bermula daripada sepasang sehinggalah berpasang-pasang mengikut kehendak masing-masing. Buat permulaan kami tampilkan koleksi kasut flat shoe. Selamat membeli.





2 comments:

  1. macam mana nak dapat kan koleksi kasut2 ini??saya seorang pelajar dan bercadang ingin membuat jualan kasut untuk menambah kan pendapatan hidup.macam mana saya boleh dapat kn nya??berapa harga borong dan harga jualan pula?

    ReplyDelete
  2. interested nk jadi buyer..berape range price utk sepasang kasut atau beli banyak.

    ReplyDelete